Sunday, March 8, 2009

Ironman Langkawi 2009

Ironman Malaysia 2009 telahpun terlaksana dengan jayanya pada 28 Februari 2009 yang lalu. Dengan penyertaan lebih 700 atlet dari pelbagai negara, sukan ini bukan saja telah mengharumkan nama Malaysia, malahan nama Pulau Langkawi itu sendiri.
Kelab Rakan Muda Langkawi juga tidak ketinggalan dalam menyertai program tersebut. Bukan sebagai atlet, tetapi dari segi teknikalnya. Para Sukarelawan Kelab Rakan Muda Langkawi telah berkhidmat dengan cemerlang demi memastikan program ini berjalan dengan lancar.
Tahniah diucapkan kepada NUR AJRINA BT ADNAN, ROHAYU BT ZUKI dan MOHD IKHWAN B JOHARI di atas khidmat anda yang sangat cemerlang.
"Majlis penyampaian hadiah di sini"

"Penamat"

"Peserta pertama yang tiba"





SUKARELAWAN

Sukarelawan memainkan peranan yang penting pada setiap program. Peranan sukarelawan amatlah berharga tambahan tarikh program semakin hampir. Ini adalah cetusan penghargaan kepada Skuad Sukarelawan Rakan Muda Langkawi yang bertungkus-lumus menyediakan persiapan terakhir sebelum berlansungnya Larian Amal Palestin Peringkat Daerah Langkawi 2009.

Masih lagi gembira walaupun jam di tangan menunjukkan pukul 2.00 pagi

Keletihan selepas membuat kerja-kerja terakhir

"berat sama dipikul, ringan sama di jinjing"

"orang lama"




Larian Amal Palestin 2009

Tanggal 20 Februari 2009 bersamaan hari Jumaat, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Langkawi telah mengadakan Program Larian Amal Palestin 2009 bertempat di Kompleks Sukan Langkawi. Program ini bertujuan untuk mengutip dana Tabung Kemanusiaan Palestin dan seterusnya ingin menunjukkan sikap prihatin belia remaja Langkawi terhadap isu tersebut.
Penyertaan seramai 600 orang para belia termasuk ibu bapa dimeriahkan lagi dengan aktiviti senamrobik dan cabutan bertuah.
Kemuncak kepada program ini adalah belia remaja yang prihatin bersama-sama menandatangani banting sebagai tanda sokongan terhadap Kempen Kemanusiaan Palestin.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pejabat Pelajaran Daerah Langkawi, Agensi AntiDadah Kebangsaan Cawangan Langkawi, Kolej Komuniti Langkawi, Majlis Sukan Negara, Pejabat Penerangan Langkawi, Kompleks Sukan Langkawi, ibu bapa, para sukarelawan yang bersama-sama berganding bahu menjayakan program ini.



Wednesday, March 4, 2009

Pertandingan Orienteering Rakan Muda Persatuan Kadet Polis SM Teknik Langkawi 2009

Pertandingan ini diadakan sempena Kem Perkhemahan Persatuan Kadet Polis Sekolah Menengah Teknik Langkawi. Ianya diadakan pada 12 Februari 2009 di mana seramai 60 orang peserta telah menyertai program tersebut.
Ahli Jawatankuasa Kelab Rakan Muda Langkawi, barisan urusetia dan peserta Pertandingan Orienteering Rakan Muda 2009


Kem Explorasi Selat Panchor 2008


Kem Ekplorasi Selat Panchor ini diadakan pada 26 - 28 Disember 2008 dengan kerjasama antara Kelab Rakan Muda Langkawi dengan Kelab Rekreasi Langkawi. Ianya melibatkan seramai 30 orang ahli Kelab Rakan Muda Langkawi yang rata-ratanya merupakan ahli baru.