Terima kasih diucapkan kepada pelatih-pelatih PLKN Kem Sri Lagenda, Jurulatih pengiring, Persatuan Belia Serumpun Bayas, JKK Masjid Bayas dan Tadika KEMAS Kg Bayas kerana bersama-sama menjayakan program ini. Kepada para pelatih, selamat meneruskan perjuangan anda di dalam dunia realiti sebenar selepas ini.
Program Lepak Positif anjuran Pemuda UMNO Langkawi dengan kerjasama Majlis Belia Langkawi. Program yang julung-julung kalinya diadakan mendapat sambutan yang amat positif khususnya daripada belia sekitar Langkawi. Tujuannya untuk menggalakkan para belia melakukan kegiatan yang berfaedah terutamanya pada waktu malam. Kebetulan pula, boleh bersama-sama menonton perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah antara MU dan Barcelona
Pak Long yang mencipta lagu 'Cinta Pantai Merdeka' turut serta memanaskan suasana malam.
Ketika kedudukan masih lagi 0-0
Masa ni Barcelona dah leading 1-0. Kalau yang senyum tu penyokong Barcelona. Yang masam macam cuka tu Penyokong MU.Hehe.
Konvoi Generasi Bebas Jenayah Peringkat Daerah Langkawi adalah program anjuran Majlis Belia Daerah Langkawi dengan kerjasama PBSD Langkawi. Rata-rata penyertaan adalah dikalangan Skuad Sukarelawan Rakan Muda Langkawi yang sememangnya aktif dalam menyertai acara bermotor sebegini. Mereka ini bukan saja berkonvoi, tetapi pada masa yang sama memberi bantuan kepada keluarga yang berpendapatan rendah.