Seramai 72 orang peserta dari seluruh Langkawi telah menyertai kem ini bermula 2 hingga 4 Julai bertempat di Pantai Pasir Tengkorak, Teluk Datai, Langkawi.
Program Rakan Muda Sekolah - Kempen Keselamatan Jalan Raya adalah kerjasama Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Seramai 210 orang peserta daripada 7 buah sekolah di Langkawi terlibat menyertai program ini. Ianya dikendalikan oleh Wazi Team iaitu bekas jaguh Cub Prix Malaysia satu masa dahulu.